AMANAT PENGARAH


Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

ALHAMDULILLAH, tahun 2017 telah pun melabuhkan tirainya dan tahun 2018 tiba membawa lembaran baharu dalam bidang pengurusan rekod di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri. Tahun 2017 telah berlalu dengan jayanya. Antara program utama di dalam tahun 2018 adalah lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod. Lawatan Inspektorat ini ternyata membawa satu dimensi baharu di dalam pengurusan rekod mahkamah syariah. Pelbagai inovasi dapat dilihat dan tidak kurang juga penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan pengurusan rekod di Mahkamah Syariah terus cemerlang dan berada pada tahap yang terbaik.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Inspektorat Pengurusan Rekod Jabatan di dalam Persidangan Kehakiman Syariah dan Nusantara yang lalu. Teruskan kecemerlangan dan perbaiki kekurangan yang ada.

Dalam tahun 2018 ini, mahkamah syariah perlu terus mara ke hadapan. Agenda utama pada tahun ini adalah penubuhan Galeri Kehakiman Syariah dan pewujudan beberapa prosedur dan panduan untuk menyelaras dan menyeragamkan pengurusan rekod di Mahkamah Syariah.

Hasrat saya adalah pengurusan rekod di Mahkamah Syariah mampu menjadi penanda aras pada institusi perundangan dan kehakiman Islam yang lain dalam usaha memartabatkan Mahkamah Syariah menjadi satu institusi yang mapan dan berdaya saing.

Akhir kata, saya berharap agar semua warga seksyen rekod JKSM/JKSN/MSN berusaha dengan lebih keras lagi untuk memastikan pengurusan rekod di Mahkamah Syariah terus berada pada tahap yang terbaik. Saya percaya, kerja keras warga seksyen rekod pasti membuahkan hasil dan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan atas tenaga dan jasa yang dicurahkan bagi meneruskan kelestarian pengurusan rekod di Mahkamah Syariah ini.


Sekian.

Adam bin Tumiran
Pengarah 
Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod

0 komentar:

Post a Comment