Portal Rasmi Seksyen Rekod

JSKM/JKSN/MSN seluruh Malaysia

BENGKEL PELUPUSAN REKOD JKSN PULAU PINANG

18 NOVEMBER - Bengkel Pelupusan Rekod bagi Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya bagi pelupusan kes-kes Mal telah diadakan. Bengkel ini dihadiri seramai 10 orang kakitangan mahkamah rendah termasuk Unit Rekod. Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang. ...

BENGKEL PELUPUSAN REKOD JKSN PULAU PINANG

17 NOVEMBER - Bengkel Pelupusan Rekod di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 17hb November 2018 bagi melupuskan fail-fail kes Mal bagi tahun 2006 hingga 2007. Bengkel ini melibatkan seramai 13 orang kakitangan termasuk Unit Rekod. Bengkel ini berjalan dengan lancar bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang. ...

R.E.M.O.T.E - RECORDS MANAGEMENT NOTES

R.E.M.O.T.E adalah singkatan untuk Records Management Notes adalah ringkasan panduan berkaitan pengurusan rekod. Panduan ini memberi maklumat umum berkaitan pengurusan rekod bermula dari peringkat pewujudan sehingga pelupusan. Adalah diharapkan panduan ini dapat memberi gambaran dan pengetahuan asas kepada pegawai dan kakitangan baharu di JKSM/JKSN/MSN berkaitan pengurusan rekod. R.E.M.O.T.E boleh dimuatnaik di menu Panduan dan Tatacara Dalaman. Antara...

SELAMAT DATANG DAN SALAM PERKENALAN

JKSN JOHOR - Seksyen Rekod JKSN Johor menerima warga kerja baharu  iaitu Puan Noor Saadah Mamat, menggantikan Cik Hafizah Hussin yang menyambung pengajian. Puan Noor Saadah merupakan Pembantu Syariah dan berkhidmat di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM sebelum ini. Puan Noor Saadah memulakan perkhidmatan di JKSN Johor pada 3 September 2018. Warga Seksyen Rekod JKSM/JKSN/MSN mengucapkan selamat datang dan salam perkenalan buat...

TERIMA KASIH - JASAMU DIKENANG

JKSM - 30 September 2018 merupakan hari terakhir Puan Nurul Huda Mustaffa bertugas di Seksyen Rekod JKSM. Beliau akan ditempatkan di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM bermula 3 September 2018. Puan Nurul Huda Mustaffa mula berkhidmat di Seksyen Rekod pada tahun 2013 memegang jawatan sebagai Pembantu Syariah. Tugas beliau sebagai urusetia program ternyata banyak membantu dalam melaksanakan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh...

BENGKEL PEMULIHARAAN REKOD JKSM/JKSN/MSN

JKSM - Rekod mengandungi maklumat yang berupa sumber berharga dan aset organisasi yang penting. Pendekatan sistematik dalam pengurusan rekod adalah penting bagi organisasi untuk melindungi dan memelihara rekod sebagai bukti tindakan. Sehubungan itu, adalah penting bagi sesebuah Jabatan memberi kefahaman kepada pegawai yang terlibat akan kaedah dan prosedur yang betul dalam memelihara rekod di Jabatan bagi memastikan jangka hayat rekod...

LAWATAN INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN - Mahkamah Rendah Syariah Rembau dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan telah terpilih untuk dilawati pada 24 sehingga 25 Julai 2018. Pelbagai inisiatif dan amalan baik yang dilaksanakan di kedua-dua mahkamah tersebut ternyata memberi impak yang positif kepada pengurusan rekod di Jabatan terutamanya pelan operasi pelupusan dan pemantauan yang dilaksanakan secara berkala.  ...

LAWATAN INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

SABAH - Lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod telah dilaksanakan pada 9-10 Julai 2018 di MRS Papar dan JKSN Sabah. Ternyata lawatan di Sabah memberi pengalaman yang berbeza buat para auditor memandangkan JKSN Sabah dalam proses berpindah ke aras baharu di bangunan yang sama. Secara keseluruhannya, pengurusan rekod di JKSN Sabah boleh ditambah baik dengan lebih giat memberi latihan dan kursus berkaitan pengurusan rekod kepada warga Jabatan. ...

LAWATAN INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU

TERENGGANU - MRS Marang dan JKSN Terengganu telah dipilih untuk dilawati dalam lawatan inspektorat pengurusan rekod pada kali ini. Lawatan inspektorat belrangsung pada 3 sehingga 4 Julai 2018. JKSN Terengganu dilihat sebagai salah satu mahkamah syariah yang aktif dalam menghasilkan pelbagai inovasi termasuklah dari segi pengurusan rekod dengan wujudnya sistem e-Tray, pengurusan kes secara elektronik dan sebagainya. Inisiatif baik ini dilihat sebagai...

LAWATAN INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PAHANG

PAHANG - Lawatan inspektorat pengurusan rekod telah diadakan di MRS Pekan pada 2 Julai 2018 dan JKSN Pahang pada 3 Julai 2018. Seramai tiga orang panel penilai telah terlibat di dalam lawatan kali ini. Terdapat lima komponen yang dinilai dalam inspektorat pada kali ini iaitu Komitmen Jabatan, Prosedur Pengurusan Rekod, Pelupusan Rekod, Pengurusan Rekod Penting dan Amalan Terbaik Pengurusan Rekod. Secara keseluruhannya, lawatan kali ini memberi...

LAWATAN INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR

JKSM - Pada 4 - 5 Jun yang lalu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan para penilai dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Arkib Negara Malaysia (ARKIB) sempena lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod JKSN/MSN 2018. Kali ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah terpilih sebagai lokasi untuk inspektorat di daerah dan ibu pejabat di JAKESS. Lawatan sepanjang dua hari ini bertujuan memantau pengurusan...

LAWATAN INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

MSWP - Lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod JKSN/MSN Tahun 2018 membuka tirai dengan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sebagai lokasi pertama dipilih untuk menjalani sesi auditan. Lawatan inspektorat ini bermula pada 30 Mei 2018 di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Putrajaya dan berakhir pada 31 Mei 2018 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tujuan lawatan inspektorat ini adalah untuk memastikan semua JKSN/MSN mematuhi pengurusan rekod...

MAJLIS ANUGERAH INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD BAHAGIAN JKSM

JKSM - Majlis Anugerah Inspektorat Pengurusan Rekod Bahagian JKSM telah diadakan pada 25 Mei 2018 bersempena Perhimpunan Bulanan Peringkat Jabatan. Inspektorat Pengurusan Rekod ini telah dilaksanakan pada hujung tahun 2017 dan semua Bahagian di JKSM turut serta di dalam inspektorat ini. Adalah menjadi tanggungjawab Seksyen Rekod dalam memastikan pengurusan rekod di Jabatan berada dalam keadaan baik dan mudah diakses. Inspektorat ini bertujuan memastikan...