Portal Rasmi Seksyen Rekod

JSKM/JKSN/MSN seluruh Malaysia

Lawatan Inspektorat Pengurusan Rekod JKSN/MSN

Wilayah Persekutuan:Selangor:Pahang:Terengganu:Sabah:Negeri Sembilan:Perlis

Akan Datang

REMOTE- RECORD MANAGEMENT NOTES

Semakan JPR Fungsian JKSM

Kemaskini JPR berdasarkan Arahan Amalan No. 13 Tahun 2006

BENGKEL PELUPUSAN REKOD

PULAU PINANG - Bengkel Pelupusan Rekod siri 4/2018 telah dianjurkan oleh JKSN Pulau Pinang bertempat di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Seberang Perai Tengah. Bengkel yang diadakan pada 21 April 2018 ini disertai oleh YA Hakim MRS dan kakitangan MRS Seberang Perai Tengah dengan seliaan Puan Noriswani Hussin, Pegawai Rekod Jabatan dari ibu pejabat JKSN Pulau Pinang. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengasingkan fail-fail kes yang telah tamat tindakan untuk dilupuskan sama ada dengan kaedah musnah atau simpan. Fail kes yang telah tamat tindakan disenggara selama 10 tahun mengikut tempoh yang telah ditetapkan di dalam Jadual Pelupusan Rekod Fungsian berdasarkan Arahan Amalan No. 13 Tahun 2006.

 

LAWATAN KERJA DARI JABATAN AKAUNTAN NEGARA


KUALA LUMPUR - Lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP) pada 18 April 2018. Pegawai-pegawai tersebut ialah Puan Murniyati binti Ramli selaku ketua rombongan, Timbalan Pengarah (Pematuhan) En. Mohd Nazi bin Mat Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Puan Hidawaty binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah, En. Yazid bin Razak, Penolong Pengarah Kanan, Puan Siti Aishah binti Bahrom, Penolong Pengarah Kanan, En. Mohammad khairul Anuar bin Ab Ghani, Penolong Pengarah Kanan, Puan Siaw Chooi Chin, Pegawai Undang-undang JANM dan Puan Siti Nuraini binti Mohd Khaizan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut JANM.




Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan pewujudan fail kes di mahkamah syariah termasuk dari segi reka bentuk kulit fail, penggunaan kod klasifikasi kes dan penyenggaraan sehingga peringkat pelupusan.

Taklimat berkaitan pengurusan rekod Fail Fungsian telah disampaikan oleh En. Sofian bin Ibrahim dari Seksyen Rekod MSWP dengan dibantu oleh ketua-ketua unit di MSWP terdiri dari Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Ketua Pendaftar MSWP, selaku ketua deligasi mewakili MSWP, Puan Siti Fatimah binti Ahmad Maulana, Pendaftar MSWP, Puan Rafidah Binti Abdul Razak, Penolong Pengarah BSK, Puan Ira Kartini binti Chairullah, Ketua Unit Rayuan, En. Mohd Azizi Bin Adumi, Ketua Unit Mal, En Ab Manaf bin Samat, Ketua Unit Jenayah, Puan Maznah Binti Bakar, Ketua Unit Kewangan dan Puan Izzatul binti Ismail, Penolong Akauntan MSWP.

Taklimat yang disampaikan berkisar tentang penggunaan sistem kod pendaftaran kes dan penggunaan warna kulit fail di MSWP. Tarikh kuatkuasa mengguna-pakai kod pendaftaran kes ialah pada 1 Julai 2001 berdasarkan arahan amalan No. 1 tahun 2000. Tujuan kod pendaftaran kes ini diwujudkan adalah untuk memudahkan pengenalan kes-kes menurut hiraki Mahkamah, memudahkan Mahkamah menetapkan kes-kes untuk dibicarakan dan memudahkan penyediaan penyata perangkaan dan sebagainya.



Deligasi dari Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia amat berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak MSWP berkaitan pengurusan rekod fungsian dan sangat berminat dengan penyimpanan rekod penting di MSWP khusus penjilidan rekod. Di akhir program peserta lawatan turut dibawa melawat bilik rekod dan galeri kehakiman syariah MSWP.