MESYUARAT JAWATANKUASA TADBIR URUS REKOD BIL. 2/2018





JKSM - Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod (JKTUR) Bil. 2/2018 telah bersidang pada 23 Mei yang lalu. Jawatankuasa ini ditubuhkan mengikut ketetapan Dasar Pengurusan Rekod Awam 2010 dan perlu bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau program dan aktiviti pengurusan rekod konvensional dan elektronik. Selain itu, jawatankuasa ini juga memperakukan keperluan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan pengurusan rekod Jabatan secara tahunan, meluluskan polisi / piawaian / garis panduan pengurusan rekod dan menjadi penghubung jalinan kerjasama dengan pihak Arkib Negara Malaysia dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program pengurusan rekod yang baik.


Antara isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini adalah kadar literasi penggunaan DDMS 2.0 di kalangan warga Jabatan dan juga cadangan pemeliharaan dan penjagaan memori korporat Jabatan.

Ketua Pendaftar JKSM bertindak sebagai pengerusi mesyuarat menyarankan agar langkah proaktif diambil bagi memastikan warga JKSM terus membudayakan penggunaan sistem rekod elektronik DDMS 2.0 dan menyambut baik cadangan pemeliharaan memori korporat Jabatan tersebut.







0 komentar:

Post a Comment