MESYUARAT PENYELARASAN FAIL MEJA PEGAWAI SEKSYEN REKOD



MSN Melaka - Pada 22-23 Januari yang lalu, satu mesyuarat penyelarasan fail meja telah diadakan antara Seksyen Rekod JKSM bersama-sama wakil lima orang Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dari JKSN Negeri Sembilan, JKSN Selangor, MSN Wilayah Persekutuan dan MSN Melaka. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian, Tuan Adam Tumiran.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memuktamadkan senarai tugas baharu untuk Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) agar sesuai dengan perkembangan pengurusan rekod semasa. Sebanyak 13 senarai tugas telah dikemaskini dan diharapkan PRJ & PTRJ dapat melaksanakan tugas menguruskan rekod dengan lebih baik dan berkesan.






0 komentar:

Post a Comment