
KUALA LUMPUR - Lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan
Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan di Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWP) pada 18 April 2018.
Pegawai-pegawai tersebut ialah Puan Murniyati binti Ramli selaku ketua
rombongan, Timbalan Pengarah (Pematuhan) En. Mohd Nazi bin Mat Yusoff, Ketua
Penolong Pengarah Kanan, Puan Hidawaty binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah,
En. Yazid bin Razak, Penolong Pengarah Kanan, Puan Siti Aishah binti Bahrom,
Penolong Pengarah Kanan, En. Mohammad khairul Anuar bin Ab Ghani, Penolong
Pengarah Kanan, Puan Siaw Chooi Chin, Pegawai Undang-undang JANM dan Puan Siti
Nuraini binti Mohd Khaizan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Wang Tak
Dituntut JANM.
![]() |
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan
pewujudan fail kes di mahkamah syariah termasuk dari segi reka bentuk kulit
fail, penggunaan kod klasifikasi kes dan penyenggaraan sehingga peringkat
pelupusan.

Taklimat yang disampaikan berkisar tentang penggunaan
sistem kod pendaftaran kes dan penggunaan warna kulit fail di MSWP. Tarikh
kuatkuasa mengguna-pakai kod pendaftaran kes ialah pada 1 Julai 2001
berdasarkan arahan amalan No. 1 tahun 2000. Tujuan kod pendaftaran kes ini
diwujudkan adalah untuk memudahkan pengenalan kes-kes menurut hiraki Mahkamah,
memudahkan Mahkamah menetapkan kes-kes untuk dibicarakan dan memudahkan
penyediaan penyata perangkaan dan sebagainya.
Deligasi dari Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia amat berterima kasih atas kerjasama yang telah
diberikan oleh pihak MSWP berkaitan pengurusan rekod fungsian dan sangat
berminat dengan penyimpanan rekod penting di MSWP khusus penjilidan rekod. Di
akhir program peserta lawatan turut dibawa melawat bilik rekod dan galeri
kehakiman syariah MSWP.
0 komentar:
Post a Comment