SESI PENGAUDITAN DDMS 2.0



JKSM – Pada 1 Mac 2018, Seksyen Rekod JKSM telah menerima lawatan audit dari Jabatan Audit Negara Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk menilai dan memantau prestasi pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS 2.0) di JKSM. Seramai dua orang auditor dan enam orang auditee terlibat di dalam sesi auditan ini.







Antara perkara yang dinilai adalah status pengguna, bilangan rekod yang ditawan dan isu-isu berkaitan yang timbul semasa penggunaan sistem tersebut. Secara keseluruhannya, pelaksanan DDMS 2.0 di JKSM berada pada tahap yang baik dengan sokongan yang diberikan oleh pengurusan atasan dan sesi latihan yang berterusan. 

0 komentar:

Post a Comment