KURSUS PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT




JKSM - Kursus Pengurusan Dokumen Terperingkat telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan JKSM dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan (CGSO). Kursus selama satu hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 4, Mahkamah Syariah Putrajaya.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pentingnya pengurusan keselamatan dokumen kerajaan dalam Jabatan dan memberi kefahaman tentang tatacara pengurusan dokumen rahsia rasmi bermula dari pewujudan, penyenggaraan sehingga pelupusan.

Penceramah kursus dijemput khas dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan (CGSO) iaitu Puan Julaila binti Engan, Pengarah Bahagian Keselamatan ICT dan Rahsia Rasmi serta dua lagi penceramah iaitu Encik Adzrol Hisham Mohamad dan Encik Mohd Firdaus Hassim juga dari Bahagian yang sama.

Kursus ini disertai oleh Pembantu Tadbir Rekod Jabatan dan pegawai yang menguruskan dokumen rahsia rasmi di Jabatan. Para peserta didedahkan dengan pengenalan kepada Akta Rahsia Rasmi, Pengurusan Rahsia Rasmi dan akhir sekali Pengenalan kepada Buku Daftar.

Secara keseluruhan, banyak ilmu dan maklumat baharu yang diperoleh sepanjang kursus ini berlangsung dan Seksyen Rekod JKSM berhasrat agar kursus ini boleh ditambah baik dan diteruskan dengan melibatkan pegawai pengelas di Jabatan agar dokumen rahsia rasmi di Jabatan dapat diuruskan dengan lebih efektif dan selamat.

 






0 komentar:

Post a Comment